Pages

05/01/2012

♠top overhoul♠

Al kisah......

SigaRaga memang dah lama teringin untuk buat top overhoul motor kriss kesayangannya... kalau nak hantar kedai memang la mampu...tapi........sampai bila asyik nak hantar kedai je..... hehehe.... top overhoul ni melibatkan head ngan block je..... ape lagi..SigaRaga pun g kedai sparepart motor..macam-macam ada kat kedai sparepart ni.. rambang mata Oooo....usha punya usha... SigaRaga pun TERBELI toyol-toyol yang dapat menambahkan kelajuan motor kesayangannya..... ^_^

tool-tool yang diperlukan...
~spanar T 8, T10 dan T12 (penting ni)
~high impact screwdriver
~spanar boleh laras
~dan lain-lain tool yang di rasakan sesuai.....

SigaRaga pun memulakan pembedahan ke atas motor kesayangan nya...
~buang minyak itam.....
~buka carburator..
~buka segala nat yang digunakan untuk mengikat head ngan block........
  

~skarang tiba la masa tok buka sproket timing chain...yang ni SigaRaga buka guna 2 spanar T8...kalau gna 1..memang tak pat den nk tolong..... 
~da buka Sproket ni..
baru la boleh kluarkan head......




  
~err....head tu SigaRaga hantar kedai untuk buat 'port and polish' + masukkan toyol kat head tu....
~bila da buka head, block ngan piston....skarang nk pasang piston yang baru.... perghhh..memang mencabar keimanan beb....maklum la..baru 1st time buat top overhoul sendiri.....dengan segala kesungguhan dan kepayahan yang dilalui...akhir nya berjaya gak SigaRaga pasang piston ngan block..
~pasni...tunggu masa nak ambil head yang dihantar tadi........

~jeng   ~jeng    ~jeng...
memang hampes sungguh......tokey kedai tu xbuat port n polish......just bersihkan keladak kat head tu je..... ~_~ .....

bila da siap pasang head, piston, block, ngan carburator......
~tiba la masa yang dinanti-nanti..
bila nak start je.......... motor tak nak hidup plak.....
arghhhhh.....memang letih memikirkan motor yang tak nak hidup tu..
~masuk hari ke 3.....SigaRaga mula kebuntuan......
selidik punya selidik....
rupa-rupanya.....piston takde compression...
mula la pencarian di internet tok cara-cara menyeting timing chain....

~akhirnya motor dapat dihidupkan....alhamdulillah........
skarang masa tok setting carburator plak.........

TAMAT.....



23/12/2011

KEMATIAN

             Setiap yang hidup pasti akan mati dan kematian itu akan menjemput tidak kira dimana mereka berada. Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Marilah kita renungkan bersama...

BERHENTI

     
al-kisah pada petang yang panas terik tanpa angin sepoi-sepoi bahasa,
terdapat sebuah rumah yang sedang dibina dan hanya 2 orang pekerja yang sedang mengikat batu..

pekerja 1 : weh mat, aku rasa aku nak berhenti la....

pekerja 2 : hah?? ko biar betul....

pekerja 1 : betol la...ko ingat aku memain ke?? cuba ko tengok muka aku ni, ada muka bergurau ke??

pekerja 2 : err...ada juga la... hehe.... tapi kenapa ko nak berhenti??

pekerja 1 : aku da tak larat la nak keje macam ni...

dengan tiba-tiba pekerja 2 mencelah...

pekerja 2 : ko nak bagi anak bini ko makan ape kalau ko berhenti nanti?? ko tu da la SPM pun tak lulus..

pekerja 1 : tapi aku..

pekerja 2 mencelah lagi...

pekerja 2 : tak de tapi-tapi kalau ko tu pandai, aku xkesah la ko nk berhenti ke... bla..bla.. bla (pekerja 2                     terus berceloteh)

pekerja 1 : (kalau aku cepuk ko dengan batu-bata memang sia-sia ko mati kat sini) katanya dalam hati..
                 woi mat, aku nak berhenti sebab nak minum air la..!!
                 ko tak nampak peluh jantan aku da keluar ni....

pekerja 2 : erk???
                 laa.....yeke....aku ingat ko nak berhenti keje betol2 tadi...
                 hehe...